Airbnb and MGTC announce MoU to drive green tourism in Malaysia
Airbnb and the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) today signed a Memorandum of Understanding (MoU) to jointly drive the country’s green growth agenda through a series of initiatives. As travel returns, the MoU collaboration aims to help revitalise post-pandemic travel and support Malaysia’s target of becoming a carbon-neutral nation by 2050 as stipulated in the 12th Malaysia Plan.
Specifically, Airbnb and MGTC will work to educate Malaysia’s Airbnb Host community on how to incorporate sustainable practices into their day-to-day hospitality operations and offerings. Both parties will also work to empower Malaysians to reduce their carbon footprint and adopt more sustainable travel habits.
Key areas of collaboration include conducting sustainability workshops for accommodation providers and Airbnb Hosts in Malaysia, co-creating an energy conservation guide for Airbnb listings in Malaysia, and partnering with MGTC’s flagship event International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) – one of Southeast Asia’s largest trade events for green technologies and eco solutions.
Amanpreet Bajaj, Airbnb’s General Manager for Southeast Asia, India, Hong Kong and Taiwan, said, “Last year, Airbnb launched our inaugural Green Stays Awards to celebrate and drive visibility around Malaysia’s wide variety of innovative, environmentally conscious travel accommodation. Today, we are excited to continue this work through our MoU with MGTC. Malaysians are increasingly prioritizing conscious travel; and we are committed to working with MGTC to develop green competencies in the tourism industry and empower our local Hosts and guests to go green in their daily living, hosting and traveling.”
Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Group Chief Executive Officer of MGTC, said, “Our first-ever MoU with global hospitality platform Airbnb marks a stepping stone for public-private collaboration to further Malaysia’s green growth agenda. To make green living a reality in Malaysia, we need to start with our community. We look forward to working hand in hand with Airbnb to educate Malaysians and businesses on small steps they can take towards reducing their carbon emissions, and to cultivate greener lifestyles and sustainable traveling habits. ”
From Ecotourism to the Everyday
In conjunction with the partnership, Airbnb hosted a panel discussion titled ‘From Ecotourism to the Everyday: Evolving trends in Malaysia’s green tourism landscape’ with Amanpreet Bajaj, General Manager for Southeast Asia, India, Hong Kong and Taiwan, Airbnb; Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Chief Executive Officer of the Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC); and Siti Norasiah, an award-winning Malaysian Airbnb Host who converted an old unused university bus into a thoughtfully designed Airbnb stay with energy-saving appliances and a rainwater collection and filtration system.
The panelists discussed how green tourism is changing Malaysia’s tourism landscape, key challenges faced in fostering green tourism, and ways to help make green living more accessible for everyday Malaysians.
Siti Norasiah Abd. Kadir and Affan Nasaruddin, Airbnb co-Hosts and Silver Winners of the 2021 Airbnb Green Stays Awards, shared: “We’re proud that our project to convert a bus into an Airbnb Stay has made a positive impact. Our booking proceeds help fund Universiti Malaya’s sustainability initiatives, and we always encourage our guests to adopt more green habits, starting with their overnight stay in our bus! We hope to see more everyday Malaysians embracing green living and green practices. Whether as Hosts or guests, we can all do our part to embrace a more eco-friendly lifestyle.”
In 2021, Airbnb launched the Green Stays Awards in collaboration with the Global Sustainable Tourism Council (GSTC), the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) and the Ecotourism and Conservation Society of Malaysia (ECOMY). The Awards aim to drive environmentally friendly travel across the country by celebrating small travel accommodation providers committed to ensuring sustainable day-to-day operations. To view the 12 award-winning local Airbnb stays, visit airbnb.com/malaysiagreenstayswinners.
Airbnb dan MGTC mengumumkan Memorandum Persefahaman untuk memacu pelancongan hijau di Malaysia
Hari ini, Airbnb dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama memacu agenda pertumbuhan hijau negara melalui beberapa siri inisiatif. Sebagaimana perlancongan telah dibenarkan semula, kerjasama MoU ini bertujuan untuk membantu menggiatkan semula perjalanan pasca wabak COVID-19, dan menyokong sasaran Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Secara khususnya, Airbnb dan MGTC akan berusaha untuk mendidik komuniti Hos Airbnb di Malaysia tentang cara menggabungkan amalan lestari ke dalam operasi dan tawaran hospitaliti harian mereka. Kedua-dua pihak juga akan berusaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengurangkan jejak karbon mereka dan mengamalkan tabiat perlancongan yang lebih lestari.
Antara bidang kerjasama utama termasuk mengendalikan bengkel kelestarian untuk penyedia penginapan dan Hos Airbnb di Malaysia, mencipta bersama panduan penjimatan tenaga untuk penyenaraian Airbnb di Malaysia, dan bekerjasama dengan MGTC untuk menjayakan acara perdana International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) – satu acara perdagangan terbesar di Asia Tenggara untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko.
Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, berkata, “Tahun lepas, Airbnb melancarkan Green Stays Awards yang pertama untuk meraikan dan memacu perkembangan pelbagai jenis penginapan pelancongan yang inovatif yang mementingkan kesedaran alam sekitar di Malaysia. Hari ini, kami teruja untuk meneruskan kerjasama ini melalui MoU dengan MGTC. Rakyat Malaysia semakin cakna mengenai keutamaan dalam perlancongan; dan kami komited untuk bekerjasama dengan MGTC untuk membangunkan kecekapan hijau dalam industri pelancongan dan memperkasakan Hos dan para tetamu kami untuk menerapkan gaya hidup hijau dalam kehidupan harian, pengehosan serta perlancongan mereka.”
Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, berkata, “Ini merupakan MoU pertama kami dengan platform hospitaliti antarabangsa Airbnb, yang menandakan batu loncatan untuk kerjasama awam dan swasta untuk memajukan agenda pertumbuhan hijau di Malaysia. Untuk menjadikan gaya hidup hijau satu realiti di Malaysia, kita perlu bermula dengan komuniti kita. Kami tidak sabar untuk jalinan kerjasama dengan Airbnb bagimendidik rakyat Malaysia dan para perniaga tentang langkah kecil yang mereka boleh ambil ke arah mengurangkan pelepasan karbon mereka, dan untuk memupuk gaya hidup yang lebih hijau dan tabiat perlancongan yang lestari.”
Dari Ekopelancongan kepada Setiap Hari
Bersempena dengan kerjasama itu, Airbnb telah menganjurkan panel perbincangan bertajuk “Dari Ekopelancongan kepada Setiap Hari: Trend yang Berkembang di Landskap Pelancongan Hijau Malaysia” bersama Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Airbnb; Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC); dan Siti Norasiah dan Affan Nasaruddin, Hos bersama Airbnb Malaysia yang memenangi anugerah yang menukar bas universiti lama yang tidak digunakan menjadi sebuah penginapan Airbnb yang direka dengan teliti menggunakan peralatan penjimatan tenaga dan sistem pengumpulan dan penapisan air hujan.
Ahli panel membincangkan bagaimana pelancongan hijau mengubah landskap pelancongan di Malaysia, cabaran utama yang dihadapi dalam memupuk pelancongan hijau, dan cara untuk membantu menjadikan kehidupan hijau lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia setiap hari.
Siti Norasiah Abd. Kadir dan Affan Nasaruddin, Hos bersama Airbnb dan Pemenang Perak 2021 Airbnb Green Stays Awards, berkongsi: “Kami berbangga kerana projek kami untuk menukar bas kepada Penginapan Airbnb telah memberi kesan positif. Hasil penginapan tempahan kami membantu membiayai inisiatif-inisiatif kelestarian Universiti Malaya, dan kami sentiasa menggalakkan tetamu kami untuk mengamalkan lebih banyak tabiat hijau, bermula dengan mereka bermalam di dalam bas kami! Kami berharap dapat melihat lebih ramai rakyat Malaysia setiap hari menerima amalan hidup hijau dan mempraktikkannya. Sama ada sebagai Hos atau tetamu, kita semua boleh melakukan peranan kita untuk menerima gaya hidup yang lebih mesra alam .”
Pada 2021, Airbnb melancarkan Green Stays Awards dengan kerjasama Global Sustainable Tourism Council (GSTC), Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) and the Ecotourism dan Conservation Society of Malaysia (ECOMY). Anugerah ini bertujuan untuk memacu perlancongan yang mesra alam di seluruh negara dengan meraikan hos penginapan perlancongan kecil yang komited untuk memastikan operasi harian yang lestari. Untuk melihat 12 penginapan Airbnb tempatan yang memenangi anugerah, lawati airbnb.com/ malaysiagreenstayswinners .
爱彼迎与马来西亚绿色技术和气候变化公司宣布签署谅解备忘录,携手推动大马的绿色旅游发展
— 爱彼迎(Airbnb)与马来西亚绿色技术和气候变化公司(MGTC)于今日签署了谅解备忘录(MoU),以通过一系列举措共同推动马来西亚的绿色发展议程。随着旅游业逐渐复苏,此项谅解备忘录合作旨在帮助振兴疫情后的旅游业,并迈向第12 个大马计划中表示要在 2050 年实现碳中和目标。
具体而言,爱彼迎和 MGTC 将共同合作,协助马来西亚的爱彼迎房东了解如何在日常出租经营中融入可持续实践。此外,两者将鼓励大马人减少碳足迹,以及培养更可持续的旅游习惯。
关键合作领域包括为马来西亚的住宿提供商和爱彼迎房东举办可持续发展研讨会、共同为马来西亚的爱彼迎房源制定节能指南,以及与 MGTC 的旗舰活动——马来西亚国际绿色技术和生态产品展览及会议(IGEM)合作,该展会是东南亚最大的绿色技术和生态解决方案贸易活动之一。
爱彼迎东南亚、印度、中国香港和中国台湾地区总经理 Amanpreet Bajaj 表示:「去年,爱彼迎颁发了首届绿色住宿奖,旨在表彰马来西亚各类创新环保的旅行住宿,并提高其知名度。如今,我们很高兴能通过与 MGTC 签署的谅解备忘录继续推进这项工作。马来西亚人越来越重视绿色旅行;我们致力于与 MGTC 合作,提高旅游业的环保竞争力,引导当地房东和房客在日常生活、出租和旅行中增强环保意识。」
MGTC 首席执行官 Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor 表示:「这是我们第首次与全球房源出租平台爱彼迎达成的首个谅解备忘录,它奠定了公营企业与私营企业合作推进马来西亚绿色发展议程的基石。若要在马来西亚实现绿色生活,我们需要从社区开始。我们非常期待能与爱彼迎合作,帮助马来西亚人和企业了解他们能够采取哪些措施来降低碳排放,并培养更环保的生活方式和可持续的旅行习惯。」”
从生态旅游到日常生活
爱彼迎与合作企业一起举办了名为「从生态旅游到日常生活:马来西亚绿色旅游业发展趋势」的专题研讨会。主办人员包括爱彼迎东南亚、印度、中国香港和中国台湾地区总经理 Amanpreet Bajaj、马来西亚绿色技术和气候变化公司(MGTC)首席执行官 Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor 以及获奖的马来西亚爱彼迎房东 Siti Norasiah。该房东曾将一辆废弃的大学巴士改造成精心设计的爱彼迎房源,还为其配备了节能电器和雨水收集与过滤系统。
专题研讨会探讨了绿色旅游正在如何改变马来西亚旅游业的前景、发展绿色旅游业时遇到的主要挑战,以及如何让马来西亚人在日常生活中增强环保意识。
爱彼迎房东兼 2021 年爱彼迎绿色住宿奖项银奖获得者 Siti Norasiah Abd. Kadir and Affan Nasaruddin 表示:「我们将巴士改造为爱彼迎房源的项目产生了积极影响,对此我们感到很自豪。我们的出租收入用于资助马来亚大学的可持续发展计划,我们也总是鼓励房客从在我们的巴士上住宿开始,养成更多环保习惯!我们希望看到越来越多的大马人选择绿色生活和实践。无论是房东还是房客,我们都可以尽自己的一份力量,追求更加环保的生活方式。」
爱彼迎与全球可持续旅游委员会(GSTC)、马来西亚绿色技术和气候变化公司(MGTC)以及马来西亚生态旅游与保护协会(ECOMY)在2021年共同推出绿色住宿奖。该奖项旨在表彰坚持日常可持续运营的小型旅游住宿提供商,从而在全国范围内推广环保旅行。如需查看 12 个获奖的当地爱彼迎房源,请访问 airbnb.com/malaysiagreenstayswinners。