Airbnb.org Tawar Penginapan Kecemasan kepada Lebih 100 Keluarga yang Terjejas oleh Kebakaran Putra Heights
Key Takeaways
- Airbnb.org menyediakan penginapan kecemasan percuma kepada individu yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Putra Heights, Selangor.
- Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan sokongan daripada HostPlatform, sebuah platform pengurusan penginapan jangka pendek, bagi membantu mangsa kebakaran memperoleh perumahan sementara secara percuma.

Key Takeaways
- Airbnb.org menyediakan penginapan kecemasan percuma kepada individu yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Putra Heights, Selangor.
- Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan sokongan daripada HostPlatform, sebuah platform pengurusan penginapan jangka pendek, bagi membantu mangsa kebakaran memperoleh perumahan sementara secara percuma.
Bagi menyokong penduduk yang kehilangan tempat tinggal atau terpaksa berpindah akibat kebakaran di Putra Heights, Airbnb.org bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor, dengan sokongan daripada HostPlatform, sebuah platform pengurusan penginapan jangka pendek, untuk menyediakan penginapan sementara secara percuma di Selangor, Malaysia. Semua penginapan ini ditaja oleh Airbnb.org dan adalah percuma sepenuhnya buat mangsa kebakaran.
Mekanisme kerjasama
Airbnb.org bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor yang mengenal pasti penduduk yang memerlukan penginapan kecemasan, serta membantu mereka mendapatkan tempat penginapan percuma melalui Airbnb.org untuk tempoh sehingga 30 hari. Tumpuan khusus diberikan kepada penduduk yang telah kehilangan kediaman atau terpaksa berpindah dari kawasan terjejas, iaitu Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru. Penginapan ini akan berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa, sementara kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkan perumahan jangka panjang sedang berlangsung.
Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato’ Seri Haji Amirudin Shari, berkata: “Amat membanggakan apabila menyaksikan bagaimana komuniti bersatu padu pada masa-masa memerlukan. Detik-detik krisis inilah yang menyerlahkan empati, ketabahan dan semangat kebersamaan rakyat Selangor yang tiada tandingannya.
Saya amat berbesar hati kerana Airbnb.org merupakan salah satu kumpulan terawal yang tampil untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi menawarkan penempatan yang lebih selamat dan berkualiti secara percuma selama sebulan kepada penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan.
Sehingga kini, lebih 100 keluarga yang terkesan akibat kebakaran di Putra Heights telah mendaftar untuk menerima tawaran bermakna daripada Airbnb.org ini. Ini memberi ruang kepada para penduduk untuk menarik nafas lega dan memulakan langkah membina semula kehidupan mereka, sementara Kerajaan Negeri dan Persekutuan menumpukan usaha untuk membina semula kediaman dan infrastruktur yang musnah dalam insiden tragik ini.”
HostPlatform turut menghulurkan derma sebanyak RM100,000 kepada Airbnb.org sebagai sokongan tambahan kepada mangsa kebakaran di Putra Heights. Di samping itu, ia turut menghantar pasukan sokongan ke lokasi bagi membantu mangsa membuat tempahan penginapan percuma menerusi Airbnb.org.
Ketua Pegawai Eksekutif HostPlatform, Jayden Lee berkata: “Kami berbangga dapat menyokong Kerajaan Negeri Selangor dan Airbnb.org dengan menggerakkan rangkaian hos kami bagi membantu mangsa kebakaran di Putra Heights mendapatkan tempat perlindungan pada saat mencabar ini.”
Airbnb.org ialah sebuah organisasi bukan keuntungan yang diasaskan oleh Airbnb, yang menyediakan penginapan kecemasan secara percuma semasa krisis. Setakat ini, Airbnb.org telah menyediakan lebih 1.6 juta malam penginapan kecemasan kepada lebih 250,000 individu. Airbnb.org bekerjasama dengan organisasi bukan keuntungan dan kerajaan-kerajaan untuk mengenal pasti mangsa bencana. Ia mampu menyediakan penginapan percuma hasil daripada sumbangan Airbnb, derma peribadi serta hos Airbnb yang menawarkan kediaman mereka secara percuma atau pada kadar diskaun.
Bagaimana untuk membantu
Hos Airbnb boleh memilih untuk menawarkan penginapan di Airbnb.org secara percuma atau dengan diskaun. Airbnb turut mengetepikan semua caj perkhidmatan bagi penginapan di Airbnb.org. Hos yang mengambil bahagian akan menerima lencana sokongan Airbnb.org pada profil mereka sebagai tanda penghargaan serta membantu menyebarkan kesedaran dalam komuniti. Selain itu, hos juga boleh memilih untuk menderma sebahagian daripada bayaran yang diterima kepada Airbnb.org, bagi membantu lebih ramai individu mendapatkan tempat perlindungan semasa krisis.