Rediscover Malaysia with the first-ever Airbnb Travel Guide 2022: Malaysia! As international borders officially reopen and both locals and overseas travelers begin to explore this beautiful country with renewed gusto, Airbnb reveals the hottest destinations to visit and off-the-beaten-path hidden gems unbeknownst even to most locals.
From traditional dishes unique to each state such as the heartwarming ayam buah keluak, to thrilling local attractions including bioluminescent beaches at Sabah’s Kudat Island and the most extraordinary stays, this Guide will surely make your adventure one for the books.
Top 5 hottest, most underrated destinations
1/5
Top 5 most unique Airbnb Stays
1/5
Top 5 most unique Airbnb Experiences
1/5
Most interesting things to eat
1/5
Most interesting attractions and activities
1/5
Travel Tips
Make health and safety your top priority! Remember to keep your vaccination certificate on hand and comply with local regulations of contact tracing. To make for a safe trip, perform a COVID-19 test before travelling, and keep some COVID-19 flow test kits on hand for frequent testing.
Go green where you can! Bring a reusable travel kit (e.g. Reusable water bottles, shopping bags, utensils etc.) along on your travels.
Prepare for outdoor activities by packing water and protective items such as eco-friendly bug spray, sunscreen and a basic first aid kit.
Support lokal – indulge in local delights and engage local communities, and you might make a few new friends at the end of it!
Panduan Pelancongan Airbnb 2022: Malaysia
Terokai Malaysia dengan Panduan Pelancongan Airbnb 2022: Edisi Malaysia yang pertama! Sejurus sempadan antarabangsa dibuka semula secara rasmi dan pelancong tempatan serta luar negara mula meneroka negara yang indah ini dengan semangat yang baharu, Airbnb mendedahkan destinasi paling popular untuk dilawati dan permata tersembunyi yang tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan.
Daripada hidangan tradisional yang unik seperti ayam buah keluak yang membangkitkan selera, ke tarikan tempatan yang mendebarkan termasuk pantai bioluminesen di Pulau Kudat Sabah, serta penginapan yang paling luar biasa, Panduan ini akan menjadikan pengembaraan anda paling istimewa.
5 destinasi popular, yang tidak diketahui ramai
Pulau Timba-Timba, Semporna:Terletak di luar pantai Tenggara Sabah, Semporna merangkumi pelbagai pulau yang indah termasuk Pulau Timba-Timba – permata tersembunyi yang penuh dengan belut reben biru, barakuda dan ikan merah. Kepelbagaian biodiversiti marin yang berwarna-warni menjadikannya tempat percutian yang sempurna untuk penyelam dan pencinta laut.
Kudat, Sabah: Kudat, juga dikenali sebagai ‘Titik Penghujung Borneo’, adalah sebuah bandar tepi pantai yang tenang di Sabah dengan pantai yang bersih dan perairan biru yang jernih. Lawatan ke tempat paling utara Kudat memberikan pengalaman yang menakjubkan – pengembara boleh berdiri di pinggir Borneo dan menikmati panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu. Anda juga boleh menyaksikan fenomena 'Blue Tears' yang mempesonakan di mana kawasan pantai menjadi bercahaya daripada plankton yang berkilauan di dalam air.
Sarikei, Sarawak: Terletak di sepanjang sungai terpanjang di Malaysia, Sungai Rajang, tradisi budaya Sarikei yang kaya dan unik akan menarik minat pengembara yang suka meneroka. Rumah Panjang Nyuka berbaloi untuk dilawati, serta Pasar Sentral Sarikeidi mana terdapat banyak gerai menjual hidangan dan juadah unik.. Terkenal dengan ladang nanasnya, Sarikei menganjurkan Pesta Nanas tahunan pada bulan November-Disember yang menampilkan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk merasa nanas dan pertandingan memasak khusus untuk buah masam berduri ini.
Sungai Lembing, Pahang: Para pengembara yang ingin mendaki melalui hutan di Sungai Lembing, sebuah bandar perlombongan timah lama, akan mendapat pemandangan indah di penghujungnya — "Air Terjun Pelangi" yang menakjubkan. Berjemur di bawah cahaya matahari terbit pada awal pagi untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan ini, sambil berenang sekejap di dalam air yang sejuk.. Bandar ini juga menawarkan tarikan tersendiri, termasuk lawatan ke lombong Sungai Lembing (salah satu lombong paling dalam di dunia), jambatan gantung dan muzium yang memperincikan sejarah bandar ini.
Hutan Hujan Belum, Perak: Dipercayai berusia lebih 130 juta tahun, Hutan Hujan Belum adalah salah satu hutan hujan tertua di dunia dan merupakan habitat kepada beberapa spesies yang paling terancam di negara ini termasuk Harimau Malaysia, Gajah Asiatik dan Tapir Malaya. Lakukan lompatan ‘zipline’ yang mendebarkan merentasi Tasik Temenggor, atau bermalam di tengah-tengah keindahan alam semula jadi hutan simpan ini.
1/5
5 Penginapan Airbnb paling luar biasa
Pengalaman di Hujung Borneo(Sabah): Terletak di puncak tebing kecil dengan pemandangan Laut China Selatan yang tiada tandingan, Hibiscus Beach Retreat adalah chalet selesa yang sesuai untuk pasangan dan keluarga kecil. Pulau ini menawarkan percutian yang terpencil dengan pantai di depan pintu anda, serta bukit-bukau yang subur berhampiran yang sesuai untuk aktiviti meredah hutan dan berbasikal gunung.
Bilik Keluarga Vinil/ Side-A @ Bambü Getaway(Kedah): Terletak di antara beberapa sawah padi terbesar di Langkawi dan puncak gunung tertinggi di pulau ini, Bambu Getaway menawarkan tetamu percutian desa yang tenang. Setiap bilik diperbuat daripada buluh semula jadi, memastikan persekitaran yang sejuk dan nyaman, manakala taman-taman yang dijaga dengan teliti memberikan sentuhan warna-warni kepada persekitaran.
Pemandangan Bukit yang Menakjubkan, Sky Villa oleh iO Home (Lembah Klang): Sesuai dengan namanya, Sky Villa adalah penginapan percutian yang menakjubkan yang dibina di tepi tebing, dengan pemandangan indah hutan simpan persendirian dan banjaran gunung sekitar. Bilik mandi hujan luaran dan kolam renang luaran peribadi menambah pengalaman unik samping diselitupi dengan landskap semula jadi yang subur.
Casugria Dutch Melaka Chalet - 9 orang (3 chalet) (Melaka): Dibina pada tahun 1810 semasa pemerintahan Kolonial Belanda dan dipercayai sebagai rumah Gabenor Melaka Belanda pada ketika itu, Casugria adalah rumah yang penuh bersejarah. Keselesaan moden digabungkan dengan hiasan yang sentiasa kelihatan segar dan kolam renang peribadi dan taman, untuk mewujudkan oasis yang indah di tengah-tengah Melaka.
Gerbang pantai 2 kabin unik @ NAMI by the sea (Terengganu): Saksikan matahari terbit dari katil anda dan tidur dengan bunyi ombak yang menghempas di kabin pantai unik ini. Penginapan pantai persendirian ini dilengkapi dengan bumbung untuk melihat bintang, peralatan barbeku dan buaian untuk bersantai.
1/5
5 Pengalaman Airbnb paling unik
Berkayak di Hutan Belantara (Kedah): Kayuh melalui tanah lembap Langkawi dengan seorang pencinta alam semula jadi dan ahli sejarah tempatan sebagai panduan pakar anda, dan ketahui lebih lanjut tentang pasang surut anak sungai yang indah dan biodiversiti hutan bakau. Anda mungkin akan menemui semua jenis ikan dan krustasea, malah memerang, ular atau ikan lumba-lumba jika anda bernasib baik!
Bengkel Batik Canting Malaysia (Lembah Klang): Hayati tradisi budaya Malaysia dengan mencipta karya batik anda sendiri. Di bawah bimbingan tukang tempatan, tetamu akan mempelajari proses teknik canting batik langkah demi langkah, serta seni mewarna batik.
Menoreh getah dan hidangan mangkuk tingkat(Lembah Klang): Pernah terfikir apa yang berlaku di sebalik tabir di ladang getah? Cuba menoreh getah dan kumpul beberapa biji getah untuk dibawa pulang! Hos anda akan menghiburkan anda dengan maklumat sejarah industri unik ini. Di samping itu, anda dapat menikmati hidangan makan tengahari tradisional yang lazat yang dihidangkan menggunakan mangkuk tingkat.
Pengalaman Silat (Lembah Klang): Bagi mereka yang sukakan cabaran baharu, bolehlah mempelajari Silat untuk mengetahui seni mempertahankan diri.. Diajar oleh seorang mahaguru silat yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun, sesi latihan ini merangkumi latihan pernafasan yang lembut, teknik yang praktikal dan elemen budaya seperti penggunaan keris.
Terokai hutan rimba Pulau Langkawi pada waktu malam (Kedah): Sertai penerokaan hutan Langkawi yang subur pada waktu malam dengan hos anda, yang merupakan seorang ahli zoologi, primatologi dan penyelidik. Anda akan berpeluang untuk melihat pelbagai kehidupan malam yang menarik termasuk kancil , lemur terbang, kongkang , kelawar dan banyak lagi — semuanya melalui trek mudah selama dua jam.
1/5
Makanan yang paling menarik untuk dinikmati
Sabah - Hinava: Hidangan asli Kadazandusun yang diperbuat daripada hirisan ikan segar, diperap dengan bawang, jus limau, cili api, peria dan halia.
Sarawak - Manok Pansoh: Hidangan perayaan yang dihidangkan oleh masyarakat Iban dan Bidayuh semasa perayaan Gawai Dayak, Manok Pansoh disediakan dengan memasak daging ayam yang diperap secara tradisional dalam tangkai buluh yang berisi air dan ditutup dengan daun ubi kayu.
Pulau Pinang - Laksa Lemak: Lazimnya hidangan Nyonya Pulau Pinang, Laksa Lemak Pulau Pinang adalah adik kepada Asam Laksa yang lebih popular. Kuah kari bersantan dituang masuk ke dalam semangkuk mi beras, ikan kembung dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kelantan - Nasi Dagang: Sarapan ruji Pantai Timur Malaysia, nasi dagang menawarkan beras pulut yang telah dikukus dalam santan dan halba, dihidang bersama gulai ikan, sambal kelapa dan sayur acar.
Melaka - Nyonya Ayam Buah Keluak: Hidangan tradisional Peranakan ini merupakan salah satu hidangan yang mempunyai waktu persediaan yang paling lama! Kacang daripada buah keluak, buah unik yang tumbuh di paya bakau negara-negara Asia Tenggara akan melalui proses fermentasi sebelum dimasak dengan ayam , kuah asam dan pelbagai rempah beraroma.
1/5
Tarikan dan aktiviti yang paling menarik
Taman NegaraMulu,Sarawak: Taman Negara Mulu, Tapak Warisan Dunia UNESCO, adalah impian peneroka yang mempunyai rangkaian sungai besar, hutan hujan tropika purba, dan gunung batu pasir yang berusia lebih 60 juta tahun. Gua batu kapurnya yang besar termasuk laluan gua terbesar di dunia dan salah satu daripada sepuluh gua terpanjang di dunia.
Kampung Budaya Mari Mari,Sabah: Di Kampung Budaya Mari Mari, pelawat akan melihat kehidupan lima kumpulan etnik utama di Sabah. Suku orang asli tempatan akan memperkenalkan pengunjung kepada warisan dan adat mereka, daripada cara kehidupan mereka dan cara memburu dengan senjata sumpitan. Pelawat juga akan dapat melihat dengan sendiri seni tatu purba menggunakan batang buluh.
Rumah Agam Peranakan, Pulau Pinang: Sejarah masyarakatPeranakan semuanya dipamerkan di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, sebuah rumah Selat-Cina abad ke-19 yang telah dipulihara dengan penuh kasih sayang kepada kegemilangan dahulu. Muzium ini menampilkan lebih 1,000 barangan antik, dan memberi penghormatan kepada warisan budaya Pulau Pinang yang terus mempengaruhi masakan dan bahasa tempatan sehingga hari ini.
Taman Kilim Geoforest, Kedah: Taman Kilim Geoforest merupakan geopark pertama Asia Tenggara, dengan hutan paya bakau yang luas dan formasi batu kapur purba berusia jutaan tahun,. Landskap menarik menanti anda, daripada sungai hijau zamrud dan hidupan liar yang pelbagai hingga gua yang luas, lengkungan laut dan timbunan laut.
Tasek Gelugur, Penang: Tasek Gelugur ialah tempat perlombongan bijih timah lama yang telah menjadi tempat pemandangan indah yang unik di Seberang Prai, Pulau Pinang. Kolam reflektif yang besar dan batuan bergerigi yang besar di tengah-tengah flora dan hidupan liar tempatan menawarkan landskap yang indah.Ini adalah tempat yang mesti dilawati untuk pengembara yang mencari pengembaraan yang lain daripada yang lain.
1/5
Tip Perjalanan
Utamakan kesihatan dan keselamatan anda! Jangan lupa untuk membawa sijil vaksinasi anda dan mematuhi peraturan pengesanan kontak tempatan. Untuk perjalanan yang selamat, lakukan ujian COVID-19 sebelum mengembara, dan bawa beberapa kit ujian aliran COVID-19 untuk ujian yang kerap.
Ambil langkah untuk menjaga alam sekitar seboleh mungkin! Bawa kit perjalanan yang boleh diguna semula (seperti botol air yang boleh digunakan semula, beg beli-belah, peralatan makan dll.) semasa percutian anda.
Bersedia untuk aktiviti luar dengan membawa air dan barangan pelindung seperti semburan serangga mesra alam, pelindung matahari dan peti pertolongan cemas asas.
Sokong lokal – nikmati keseronokan tempatan yang melibatkan komuniti tempatan, dan anda mungkin akan mendapat beberapa rakan baharu setelah semuanya selesai!